Wednesday, March 27, 2019


PENGENALAN

Memanah merupakan suatu permainan paling lama di dunia. Ia hanya menggunakan alat seperti busur dan anak panah. Ia juga telah berkembang sejak zaman dahulu kala. Dengan hanya anak panah dan busur, manusia dapat membina tamadun mereka dengan baik. Memanah juga salah satu alat untuk dijadikan senjata untuk berperang, dan mempertahankan diri jika diserang oleh haiwan liar. Memanah juga adalah alat mereka untuk mencari sumber makan untuk terus hidup. Kemahiran dalam memanah ditakrifkan sebagai keupayaan untuk melepaskan anak panah pada sasaran dalam jangka masa tertentu dengan ketepatan yang tinggi. Ia memerlukan kekuatan bahagian atas badan dan lengan.




Gambaran pemanah pada zaman kuno







 SEJARAH SUKAN MEMANAH

Dari manakah asal seni memanah, siapakah orang yang pertama yang membuat busur dan anak panah? Ia tidak dapat dikenal pasti. Memanah merupakan senjata dan alat yang tertua di dunia. Ia telah bermula sejak 20,000 tahun yang lalu. Terdapat banyak bukti yang telah dikemukakan oleh ahli sejarawan. Antara salah satu penemuan yang dikemukakan oleh ahli sejarawan ialah lukisan yang terdapat di gua-gua lama di Sepanyol. Lukisan tersebut berusia kira-kira 8,000 tahun sebelum Masihi. Jadi ini membuktikan sukan memanah ini telah wujud beribu tahun lamanya dan masih kekal sehingga kini.

Pada masa itu, seni memanah digunakan untuk mencari bahan keperluan hidup. Apabila tamadun manusia semakin berkembang, mereka akan cenderung untuk meluaskan tanah jajahan mereka. Dengan hanya menggunakan busur dan anak panah, mereka dapat meluaskan tanah jajahan mereka dengan mudah. Oleh itu, seni memanah ini telah menjadi kebiasaan untuk berperang. Ia digunakan secara berterusan sehingga pada zaman kerajaan Rom dan Mongolia. Dua kuasa besar ini dapat memperbesarkan kerajaan mereka dengan seni memanah. Selain daripada dua kerajaan ini, terdapat kerjaan Islam iaitu kerajaan Uthmaniyah dimana telah menakluk kerjaan Rom Byzantine yang merupakan kerajaan Rom yang terkuat dan tidak mudah untuk ditawan. Kerajaan Uthmaniyah juga menggunakan anak panah dan busur semasa dalam proses penaklukan tersebut dan mereka memperoleh kejayaan pada tahun 1453 Masihi.




 Lukisan pada dinding gua dimana seni memanah telah wujud sebelum Masihi







JENIS BUSUR DAN ANAK PANAH


Busur 


Busur adalah senjata yang diperlukan untuk melancar anak panah. Senjata ini amat penting dalam seni memanah kerana senjata ini memainkan peranan yang penting untuk menjadikan panah itu sempurna. Kekuatan busur akan mempengaruhi kelajuan anak panah yang dilepaskan dan juga ia dapat mengurangkan rintangan udara yang dikenakan ke atas anak panah. Kekuatan busur dapat diukur dengan ketegangan tali busur (string) itu. Semakin tegang tali busur, semakin bertambah kekuatan busur. Terdapat empat jenis busur iaitu busur recurve, busur compound, busur longbow, dan busur crossbow.


Busur Recurve


Recurve merupakan busur yang sering digunakan dalam pertandingan sukan seperti Sukan Olimpik/Paralimpik, Sukan Asia Tenggara (SEA), Sukan Komanwel dan Sukan Asia. Busur recurve mempunyai sedikit perbezaan dengan busur yang lain kerana mempunyai kelengkapan tambahan seperti sight, center stabilizer, V-Bar, V-Bar extender dan slide rod stabilizer. Kelengkapan-kelengkapan ini dapat membantu pemanah mensasarkan anak panah dan dapat menstabilkan busur ketika menarik busur.



     
Contoh Busur Recurve










Bahagian-bahagian Busur Recurve




Busur Compound

Busur compound adalah merupakan busur yang kedua lepas recurve. Busur mempunyai perbezaan yang ketara dengan busur yang lain kerana busur ini menggunakan sistem takal bagi mengurangkan tenaga yang diperlukan semasa menarik panah. Reka bentuk yang berkualiti dapat memastikan pemindahan tenaga kinetik dari lenturan lengan busur dan renggangan tali sehingga anak panah dilepaskan adalah sangat efektif. Busur ini akan membuatkan anak panah menjadi laju, mempunyai julat tarikan boleh laras dan julat panjang tarikan mengikut kesesuaian fizikal pengguna.  


Contoh Busur Compound



Bahagian-bahagian Busur Compound




Busur Longbow

Busur longbow adalah merupakan busur yang diperbuat dari kayu yang kuat. Tinggi busur ini kira-kira panjangnya sama tinggi dengan pemanah itu. Ia boleh mencapai sehingga 2 meter. Kelengkapan pada busur ini tidak terlalu banyak kerana ia hanya memerlukan busur dan tali busur (string). Busur ini selalu digunakan orang asli untuk memburu, melindungi diri daripada haiwan liar dan keselamatan kawasan petempatan mereka. Busur ini adalah merupakan busur tradisional yang dimana kekuatannya bergantung pada tali dan lengan busur itu. Busur ini banyak digunakan oleh orang Barat dalam peperangan sebelum senjata api wujud. Pemanah yang menggunakan busur ini memerlukan tenaga yang banyak untuk menarik panah itu. 


   

Contoh Busur Longbow





Bahagian Busur Longbow



Busur Crossbow

Busur ini sangat berbeza dengan busur-busur yang lain kerana cara untuk menggunakannya seakan-akan senapang tetapi berbeza dari segi anak panah. Busur ini dapat membidik panah dengan jarak yang jauh dan boleh dipegang dengan tangan seperti senjata api. Rekaan awal busur ini wujud semasa tamadun China purba untuk menggantikan busur dan anak panah yang lama kerana untuk memahiri senjata lama itu memakan masa yang lama dan memerlukan kekuatan fizikal yang tinggi. Busur crossbow ini tidak memerlukan kekuatan fizikal. Ia hanya memerlukan teknik mengendalikan senjata tersebut. Akan tetapi, senjata ini busur ini mempunyai kelemahan dimana ia mengambil masa untuk mengisi semula anak panah.



   


Contoh Busur Crossbow




Bahagian Busur Crossbow



Anak Panah


Anak panah adalah merupakan alat atau sebatang kayu yang mempunyai hujung yang tajam di bahagian depan dan mempunyai pelepah pada hujung bertentangan. Ia dilancarkan dengan menggunakan busur. Terdapat tiga jenis anak panah yang sering digunakan. Antaranya ialah anak panah aluminium, karbon dan fiberglass.  



Anak Panah Aluminium

Anak panah ini sering digunakan dalam kejohanan atau pertandingan. Ia juga mempunyai tahap kelarasannya yang tinggi. Walaupun harganya yang lebih mahal daripada anak panah yang lain, ia tahan lasak dan dapat menahan tekan yang tinggi. Oleh itu, ia juga mempunyai kelemahannya iaitu anak panah tersebut tidak tahan dengan haba yang tinggi kerana ia akan menjadi lembut. Ia mesti diletakkan ditempat yang terlindung dari cahaya matahari.


  

Contoh Anak Panah Aluminium


Anak Panah Karbon

Anak panah yang mempunyai unsur karbon ini sering digunakan oleh pemanah recurve dan compound. Anak panah ini sesuai digunakan untuk panahan jarak jauh kerana sifatnya yang ringan. Anak panah ini tahan lama, konsistensi tulang belakang dan kelurusan anak panah sangat tinggi. Anak panah ini juga mudah stabil apabila dilepaskan. Walau bagaimanapun, anak panah ini perlu diberikan perhatian kerana jika terdapat retak atau pecah pada batang anak panah, ia akan menyebabkan kecederaan pada pemanah. 



Contoh Anak Panah Karbon
  
Anak Panah Fiberglass


Anak panah ini adalah anak panah yang digunakan oleh pemanah yang baharu (beginner). Anak panah ini mempunyai tahap kelurusan yang lebih baik daripada anak panah yang lain walaupun ia lebih berat berbanding anak panah lain. Oleh itu, ia kurang sesuai untuk digunakan dalam acara memanah jarak jauh kerana ia sangat berat. Ia hanya sesuai untuk digunakan oleh pemanah pemula (beginner) kerana kuat, tahan lama dan ia lebih murah. Ia juga dapat mengurangkan kerosakkan alat semasa berlatih atau melatih pemanah baru. 


Contoh anak panah fiberglass



TOKOH-TOKOH MEMANAH

Setiap acara sukan akan ada nama tokoh-tokoh yang terpahat dalam minda setiap individu di seluruh negara. Tokoh sukan merupakan pemangkin kepada semangat setiap individu di dunia dalam bidang sukan mereka masing-masing. Oleh itu, tokoh yang akan saya ceritakan ialah tokoh-tokoh memanah pada zaman dahulu dan kini. Saya memilih dua orang tokoh memanah iaitu tokoh memanah pada zaman dahulu dan kini. Saya ingin mendedahkan kepada masyarakat dimana sukan memanah ini telah melahirkan tokoh-tokoh yang terbilang. Tokoh memanah pada zaman dahulu ialah Saad Bin Abi Waqqas manakala tokoh memanah zaman kini ialah Khairul Anuar Mohamad.



TOKOH MEMANAH PADA ZAMAN DAHULU

Saad Bin Abi Waqqas 

Saad Bin Abi Waqqas Bin Wuhaib Bin 'Abdi Manaf yang hidup pada zaman Nabi Muhammad SAW. Beliau adalah  merupakan bapa saudara kepada Nabi Muhammad SAW dan sepupu kepada ibu baginda Nabi Muhammad iaitu Aminah Binti Wahab. Beliau dikenali dengan tubuh badan yang rendah tetapi tegap. Sejak kecil, beliau tidak bermain seperti dengan kanak-kanak yang lain kerana hobi beliau adalah memanah. Beliau begitu gemar membuat anak panah dan membetulkannya dan juga beliau mahir dalam pembuatan busur. Beliau sering berlatih untuk mengasah kemahirannya dalam seni memanah seolah-olah sedang bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan. Beliau adalah merupakan salah seorang sahabat nabi yang terawal memeluk Islam. Beliau memeluk Islam pada umur 17 tahun.

Beliau telah menyertai banyak peperangan antaranya Perang Badar dan Uhud. Setiap lemparan anak panahnya tidak pernah tersasar. Contohnya, ketika Perang Uhud Rasulullah diserang oleh tentera musyrikin, beliau adalah salah seorang yang mempertahankan baginda SAW. Beliau melempar panahnya kepada tentera musyrikin yang cuba mara dan tidak ada satu pun anak panahnya yang tersasar. Selain itu, semasa pemerintahan Khulafa ar Rasyidin dibawah pimpinan Saidina Umar mendapati terdapat ancaman yang besar dari kerajaan Parsi. Saidina Umar terpaksa keluar untuk memimpin tentera islam kerana tentera islam pada peringkat awal telah dikalah oleh kerajaan Parsi namun hasratnya itu dihalang oleh para sahabat. Mesyuarat diadakan untuk memilih pemimpin untuk memimpin tentera islam ke Parsi. Abdurrahman bin Auf mencadangkan Saad Bin Abi Waqqas untuk memimpin tentera islam. Para sahabat bersetuju dengan cadangan itu. Dalam masa yang singkat, kerajaan Parsi berjaya dijatuhkan. Raja mereka telah berjaya dibunuh dan tentera Parsi menyerah kalah. Tentera islam berjaya mengalahkan sebuah empayar yang besar dibawah pimpinan Saad Bin Abi Waqqas. Dengan hanya bersenjatakan anak panah dan busur, beliau berjaya menundukkan ego sebuah empayar.




TOKOH MEMANAH PADA ZAMAN KINI 

Khairul Anuar Mohamad

Khairul Anuar Mohamad atau Khairul Anuar Bin Mohamad adalah merupakan atlet memanah Malaysia dalam acara recurve. Beliau berasal dari Kemaman, Terengganu, Malaysia. Beliau mula menyertai sukan memanah semasa beliau berusia 20 tahun pada tahun 2011. 

Pada tahun 2011, beliau mengambil bahagian dalam 2011 FITA Archery World Cup di Shanghai, China. Beliau menjadi rakyat Malaysia yang pertama yang pernah memenangi pingat pada acara Piala Dunia individu apabila dia kalah dalam pertandingan akhir acara individu lelaki oleh warga Amerika iaitu Joe Fanchin.



Selain itu, beliau juga telah mengambil bahagian dalam 2011 Asian Archery Championships pada tahun yang sama. Khairul merupakan sebahagian daripada kontinjen Malaysia ke Tehran, Iran dan beliau telah berjaya merangkul dua pingat emas dan dua pingat perak. 


Kejayaan beliau dalam mengharumkan nama negara ke peringkat  dunia amat membanggakan kerana sikap beliau tidak mudah putus asa. Sikap beliau tersebut ditunjukkan semasa temasya Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur dimana beliau dalam keadaan demam tetapi beliau tetap bertanding dan beliau berjaya merangkul pingat emas dalam acara recurve individu lelaki. Sikap beliau yang tidak mudah berputus asa tersebut harus kita contohi kerana jika kita ingin mencapai sesuatu matlamat, kita mestilah berusaha bersungguh-sungguh dan tidak berputus asa apabila berdepan dengan pelbagai halangan. Sakit bukanlah penghalang bagi mencapai sesuatu matlamat. 



Khairul Anuar Mohamad




KESIMPULAN

Kesimpulannya, sukan memanah ini telah berkembang dari masa ke semasa. Terdapat perubahan yang telah dibuat oleh sukan ini dari segi bentuk busur dan anak panah. Sukan memanah pada mulanya digunakan untuk memburu, berperang dan sebagainya. Pada masa sekarang, sukan memanah telah berkembang sehingga dijadikan sebagai sukan bertaraf antarabangsa. Ia juga telah melahirkan tokoh-tokoh yang terhebat dan juga dapat membina kekuatan fizikal dan mental pemanah itu. Oleh itu, masyarakat haruslah mengekalkan sukan ini supaya ia tidak ditelan zaman dan untuk generasi akan datang.



SUMBER RUJUKAN








https://berita.pas.org.my/kisah-sahabat-saad-bin-abi-waqas/

https://worldarchery.org/athlete/11305/khairul-anuar-mohamad